KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai transit penyeludupan migran warganegara Sri Lanka ke negara Eropah.

Tangkapan dibuat ketika operasi 27 Mei yang lalu, ketika ahli sindiketĀ  tersebut menguruskan penyeludupan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Sri Lanka menggunakan dokumen perjalanan Malaysia menerusi sempadan Padang Besar, Perlis ke Thailand untuk ke Eropah.

Tiga warganegara tempatan sebagai fasilitator sindiket manakala dua lagi sebagai eskotĀ  ditahan termasuk 8 warganegara Sri Lanka.

“Hasil tangkapan yang dijalankan mendedahkan sindiket turut melindungi dan menyembunyikan migran Sri Lanka di sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan penyeludupan keluar ke negara ketiga,” demikian menurut kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Tangkapan dilakukan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Padar Besar selain sekitar Lembah Klang termasuk ibu kota.

Ketiga-tiga warganegara tempatan telah ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala lapan (warganegara Sri Lanka) ditahan di bawah Akta Imiresen 1959/1963. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast