LONDON – Bek kiri Lyon, Ferland Mendy semakin hampir menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Dia dilaporkan akan menjalani pemeriksaan perubatan hari ini, setelah skuad kebangsaan Perancis diberikan tempoh rehat sehari.

Mendy dikatakan menjadi sasaran seterusnya oleh Real selepas berjaya mengikat Eden Hazard dengan nilai perpindahan sekitar €50 juta.

Namun jika kehadiran Mendy, 24, menjadi kenyataan, kini timbul tanda tanya mengenai masa depan Marcelo.

Pemain Brazil itu bakal disisihkan kerana akan menjadi pilihan kedua oleh pengurus, Zinedine Zidane.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan Marcelo boleh memilih untuk kekal dan menerima peluang yang tidak pasti untuk beraksi bersama Los Blancos pada musim hadapan.

Dia juga diberi pilihan untuk mencari cabaran baharu mulai jendela perpindahan musim panas ini.

Juventus mungkin menjadi destinasi baharu Marcelo kerana pernah dikaitkan dengan kelab itu pada musim panas lalu.

Dia akan mengikuti jejak langkah Cristiano Ronaldo ke Serie A kerana mempunyai hubungan baik dengan bintang Portugal itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast