KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis malam ini dipercayai ekoran laporan polis mengenai video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri sebelum ini.
Difahamkan, beliau ditahan bersama Gopalkrishnan di Ibupejabat Polis Daerah Kajang.
Sebelum itu, Lokman dalam status media sosialnya mengesahkan telah memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung isu yang sama.
“Saya buat laporan polis hari ini dalam isu video lucah saya kena bagi keterangan kepada Pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geladah rumah saya.
“Betul-betul Law of The Jungle,” katanya.-MalaysiaGazette
Kenapa tak tahan pelakon sekali ? Yang buat onar org lain, yang ditahan org yg lapor.