ENGLAND – Chelsea dikatakan menyenaraikan bekas jurulatih RB Leipzig, Ralf Rangnick sebagai pengganti Maurizio Sarri.
Sarri secara rasmi mengesahkan hari ini beliau sudah dilantik sebagai Pengurus Juventus.
Sarri menggantikan Massimiliano Allegri di kelab Serie A itu.
Legenda the Blues yang juga Pengurus Derby County merupakan pilihan utama mengisi kekosongan Sarri di Stamford Bridge.
Chelsea juga dikatakan mengintai alternatif lain iaitu Javi Gracia dan Nuno Espirito Santo.
Kini Akhbar tabloid di Jerman menyiarkan nama baharu iaitu Rangnick kononnya bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sarri.
Bagaimanapun Chelsea difahamkan masih belum memulakan sebarang rundingan dengan Rangnick.-MalasiaGazette