KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham didakwa akan mempengerusikan satu mesyuarat tergempar di Shah Alam.

Menerusi satu pesanan WhatsApp, Setiausaha Politik Datuk Seri Azmin Ali itu memaklumkan akan mengadakan mesyuarat tersebut di Rumah Pemuda PKR di Shah Alam pada jam 8.30 malam.

URGENT, Salam hormat, adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat kecemasan akan diadakan untuk membincangkan keadaan terkini,” demikan menurut pesanan WhatsApp yang diberikan kepada MalaysiaGazette.

Pesanan saat-saat akhir itu dipercayai diberikan kepada semua pemuda parti itu bagi menghadiri mesyuarat yang akan dipengerusikan olehnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

MalaysiaGazette akam mendapatkan reaksi daripada Hilman dalam masa terdekat. -MalaysiaGazette