KUALA LUMPUR – Latheefa Koya mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara di sini pagi ini.
Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Abdullah bersetuju mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ke-14 untuk tempoh kontrak dua tahun mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020. – MalaysiaGazette