Uncle Heng pada mulanya hanya menjual durian secara kecil-kecilan di depan kebunnya, namun menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menikmati buah itu dalam kebunnya.

MELAKA – Pemilik kebun durian di Tiang Dua, Melaka, Tan Kung Tai, 58, atau mesra dipanggil ‘Uncle Heng’ menawarkan orang ramai yang berminat untuk membeli durian supaya datang ke kebunnya untuk memilih sendiri buah segar yang baru gugur.

Uncle Heng berkata beliau pada mulanya hanya menjual durian secara kecil-kecilan di depan kebunnya, namun menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menikmati buah itu dalam kebunnya.

Disebabkan itu, perniagaannya mula meningkat sejak empat tahun lepas walaupun peminat “raja buah” itu boleh mendapatkannya di mana-mana sahaja kerana ramai peniaga yang menjualnya di tepi-tepi jalan setiap tiba musim durian.

Untuk memudahkan pengunjung, Uncle Heng memasang dua khemah besar di kebunnya, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mempopularkan Gerai Malacca Durian Heng itu, yang terletak 16.2km atau kira-kira 18 minit perjalanan dari Plaza Tol Ayer Keroh di sini dengan bantuan anak bongsunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Yew, 21, melalui laman sosial ‘Facebook’ .

Menurut Uncle Heng, peminat durian yang datang ke kebunnya bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari negara lain seperti Taiwan dan Hong Kong.

Ah Yew pula berkata beliau mula membantu bapanya dalam perniagaan durian itu selepas tamat bersekolah tingkatan lima.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast