KUALA LUMPUR – Datuk Dominic Silva dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank Bhd. berkuatkuasa hari ini.
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dalam satu kenyataannya di sini berkata,
MIDF dalam kenyataannya di sini hari ini, Dominic sebelum ini dilantik sebagai Timbalan CEO MIDF Amanah Investment Bank Bhd. pada 7 Januari lalu.
Sebelum menyertai MIDF Investment Bank Bhd., beliau merupakan Ketua Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd. dan Pengarah Eksekutif selama sembilan tahun.
Beliau memiliki 18 tahun pengalaman bekerja dengan institusi-institusi perbankan antarabangsa di Kuala Lumpur, Singapura, Amsterdam dan Hong Kong.
Sejajar dengan pelantikan Dominic, MIDF Investment Bank turut mengumumkan pelantikan Ahmad Gazzara Czillich dalam pasukan kewangan korporat.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Bersama Pasaran Hutang Danajamin Nasional Bhd.-MalaysiaGazette