Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat stik apabila sebanyak 999 menu Barat itu akan diberi percuma kepada pelanggan Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) di Damansara Aliff, Johor Bahru bermula Jumaat ini selama dua hari.

Tawaran istimewa bernilai RM50,000 itu bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu
resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja.

Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH akan diberi satu skop aiskrim.

Image-1
Sebanyak 999 stik diberi percuma kepada pelanggan di
Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai ini di Damansara Aliff,
Johor Bahru.

Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini bagi menghargai sokongan pelanggan sejak restoran itu dibuka pada Februari lalu.

Jelas beliau untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com.

“Ini sebahagian daripada kempen terima kasih kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu.

“Jadi jangan lepas peluang kerana stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan,” katanya yang bersyukur kerana WISH kini mula mencipta nama sebagai restoran makanan Barat popular.

Image-4
Wadihana Islamic Steakhouse kini semakin popular sebagai restoran makanan Barat.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.

Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

“Kami merebus tulang lembu lebih lapan jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.

“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette