Datuk Amiruddin Hamzah
Amiruddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 486,360 kes pengakuan sukarela diterina Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kesemua kes yang diterima sedang diproses LHDN setakat ini dan jumlah kutipan cukai menerusi Skim Program Pengakuan Pukarela (PKPS) akan diumumkan pada akhir tahun ini.

Tambah beliau, pelaksanaan skim PKPS yang merupakan program khas kerajaan dimulakan 3 November lalu merupakan langkah pembaharuan percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela.

Beliau berkata demikian bagi sebagai menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Ipoh Timur (PH), Wong Kah Woh yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan rasional pelaksanaan PKPS dan jumlah pembayar cukai yang telah menyertai skim berkenaan serta jumlah cukai tambahan yang telah dikutip hasil dari skim berkenaan.

Amiruddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu (PH) berkata, skim tersebut menyediakan platform kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai termasuk akaun pesisir dengan kadar penalti lebih rendah dari tempoh 3 November 2018 sehingga 30 September 2019 ke atas pelaporan pendapatan.

“Kadar penalti sedia adalah antara 45 hingga 300 peratus, sebaliknya kadar penalti yang dikenakan di bawah skim pengakuan sukarela adalah jauh lebih rendah berbanding kadar sedia ada.

“Tempoh pengakuan sukarela dari 3 November 2018 hingga 30 Jun 2019 yang mana kadar penaltinya 10 peratus dan bagi 1 julai 19 hingga 30 September 2019, penalti 15 peratus.

“Setelah pengakuan sukarela diterima dan ia akan diproses oleh LHDN sebelum surat persetujuan pelepasan ‘clearance’ akan dikeluarkan dan tindakan audit atau siasatan tidak akan dibuat pada masa akan datang bagi tahun taksiran pengakuan dibuat,” jelas beliau.

Malah katanya, pengakuan sukarela mengandungi maklumat seperti melaporkan pendapatan yang belum atau kurang dilaporkan, perbelanjaan terlebih tuntut atau tidak dibenarkan serta pelepasan potongan terlebih tuntut. – MalaysiaGazette