Mayat mangsa berjaya ditemukan sekitar jam 2.23 pagi- Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dilaporkan terjun dari jambatan dalam cubaan membunuh diri di Jambatan Wawasan, Presint 2, Putrajaya, ditemukan meninggal dunia.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Khirel Azman Not berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.26 pagi.

“Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat di jalankan oleh pihak Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba dibantu pasukan Polis Marin.

Mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.23 pagi.-MalaysiaGazette