TERKINI : Jangan Takbur, Sombong dan Angkuh!!! – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Setiap parti politik Melayu di negara ini seharusnya menyatakan pendirian masing-masing termasuk UMNO setelah menerima pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Saya difahamkan parti Pakatan PH akan bermesyuarat hari ini. saya akan tunggu dan lihat apa pendirian PKR dan DAP.

“Saya ingat semua pihak perkara dikaitkan dengan perpaduan umat Melayu.

“Jangan takbur, jangan angkuh, jangan sombong (semua parti Melayu) kerana orang tengah perhatikan termasuk pihak menawarkan kerjasama dalam nak bincang kesatuan ummah penting bagi masyarat Melayu begitu juga menyatuan kaum lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.