Luca Zidane

MADRID – Anak Zinedine Zidane, Luca Zidane bakal menyertai Racing Santander secara pinjaman selama satu musim.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu dipinjamkan bagi meningkatkan perkembangannya selepas gagal menempatkan diri sebagai penjaga gawang utama Real pada musim lalu.

Real kini memiliki dia penjaga gawang terbaik dunia, Thibaut Courtois dan Keylor Navas yang turut bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat utama di Santiago Bernabeu.

Seorang lagi penjaga gol berkelayakan, Andriy Lunin kembali ke Real selepas semusim dipinjamkan kepada Leganes.

Sementara itu, Racing Santander akan beraksi dalam liga kedua Sepanyol selepas dinaikkan pangkat musim lalu.

“Saya berharap dapat meningkatkan kematangan sebagai pemain bola sepak di kelab bersejarah ini,” kata Luca kepada Daily Mail.

Musim lalu, Luca Zidane pernah tampil sebagai penjaga gol utama ketika membantu kejayaan Real merakam kemenangan 3-2 ke atas Huesca dalam La Liga pada Mac lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast