KUALA LUMPUR – Meskipun bukan digandingkan sebagai hero dan heroin dalam drama bertajuk Bukan Cinta Aku sebaliknya hanya menjadi adik-beradik namun kini timbul gosip cinta mengaitkan Janna Nick dengan Dini Schatzmann.

Pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Swiss yang berusia 25 tahun itu bagaimanapun menafikan menjalin cinta dengan Janna.

Beliau sebaliknya hanya Janna sahaja kawan rapatnya sejak menceburkan diri dalam industri seni.

“Kami tidak bercinta tetapi agak rapat sebagai kawan. Jadi, Janna banyak memberikan nasihat kepada saya mengenai industri ini, tidak lebih daripada itu.

“Mungkin sikapnya yang mesra dan suka meninggalkan komen di Instagram saya menyebabkan gosip kami bercinta boleh timbul,” katanya.

Dina dan Janna, 24, baru-baru ini dilihat duduk bersebelahan pada sebuah acara anugerah hiburan baru-baru ini.

Dini mengaku drama Bukan Cinta Aku membuatkannya lebih akrab dengan Janna yang banyak memberi nasihat.

Beliau turut menafikan percutian di Jepun dengan Janna berdua sahaja sebaliknya dengan sekumpulan rakan-rakannya demi
mempromosi sebuah jenama syarikat penerbangan.-MalaysiaGazette