Saksi, Pengurus Bahagian Rentas Pusat Remit Ambank, Wedani Senen berjalan keluar selepas selesai hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi ke-24 perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang dpanggil semula hari ini mengesahkan hampir RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri.

Pengurus Unit Pemindahan Wang Rentas Pusat Remit Amnbank, Wedani Senen berkata, wang tu dipindahkan daripada beberapa akaun bank di luar negara menerusi Blackrock Commodities (Global) Limited dan Vista Equity International Partners  ke akaun Datuk Seri Najib Razak. 

Wedani ketika diminta merujuk kepada transaksi itu berkata,  pemindahan itu dilakukan menerusi enam traksaksi berasingan pada hari yang berlainan iaitu pada 23 Jun, 21 Oktober, 24 dan 26 November beserta 10 dan 19 Disember 2014.

Ujarnya, perbezaan tarikh wang tersebut dipindahkan ke akaun Najib adalah prosuder biasa bank bagi transaksi yang melibatkan pertukaran mata wang asing.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Wedani ketika memberi keterangan pada 30 April lalu mengesahkan RM4 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dimasukkan ke dalam akaun milik SRC International Sdn Bhd pada 2011 dan 2012.

Menurutnya  RM2 bilion dimasukkan pada 29 Ogos 2011 menerusi empat transaksi, manakala bakinya adalah pada 28 Mac 2012. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast