A. Kadir Jasin

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak menasihati timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bercuti sekiranya Timbalan Presiden PKR itu video seks di luar tabii yang mengaitkan dirinya sahih.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin berkata, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah pemimpin utama PKR.

“Datuk Seri Anwar mempunyai hak beri pendapatnya dan sebagai pemimpin parti itu, adalah haknya untuk menyatakan pandangannya dan itulah sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin parti.

“Pendapat itu bukan sekadar segera, dalam apa jua keadaan yang menjejaskan negara yang sedang berjalan, mempengaruhi pendapat umum mengenai kerajaan, pemimpin parti mesti bertindak,” katanya kepada pemberita selepas Diskusi Buku Anwar Perdana Menteri ke-8 di Restoran Menate, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar hari ini yang berpendapat timbalannya, Mohamed Azmin perlu mengambil cuti jika video intim yang mengaitkan beliau itu sahih dirinya.

Sebaliknya Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Mohamed Azmin tidak perlu berbuat demikian sekiranya video intim tidak membabitkan dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast