KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih dengan insiden pesawat MH17, pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine lima tahun lalu.
Kata Perdana Menteri, ini kerana insiden itu dilakukan secara sengaja yang telah mengorbankan 298 manusia yang tidak bersalah.
Cuma apa yang dikesali beliau, dalang yang melancarkan roket itu tidak diketahui sehingga sekarang.
“Kita rasa sedih kerana ia insiden yang disengajakan.