KUALA LUMPUR – Terdapat kepelikan dalam siasatan video intim yang dijalankan oleh polis apabila gagal mengenal pasti individu yang beraksi dalam rakaman tersebut.
Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Chong Yew Chuan berkata, ia pelik apabila mereka yang tidak kelihatan dalam video dapat dikesan dengan cepat.
Sebaliknya, individu yang kelihatan beraksi dalam video pula tidak dapat dikesan.
“Pelik, memang pelik… Kena tanya cermin ni…,” katanya melalui hantaran di akaun Facebooknya.
Semalam, Ketua Polis Negara memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan video seks yang tular membabitkan Haziq Abdullah Abd. Razak dan seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen.
Haziq adalah bekas Ketua AMK Santubong.
Datuk Seri Abdul Hamid Bador, pengesahan SKMM kepadanya itu bagaimanapun tidak mengesahkan pelaku dalam video berkenaan. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/18/skmm-sahkan-video-seks-tulen-bukan-pelakunya/