KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan video seks tular itu tulen.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, pengesahan SKMM kepadanya itu bagaimanapun tidak mengesahkan pelaku dalam video berkenaan.

Beliau berkata demikian demikian ketika menghadiri program Bicara Politikonomi yang disiarkan RTM melalui TV1 malam tadi.

“So kita hantar kepada cyber security adakah ia tulen, bolehkan cyber secuity sahkan siapa di dalam itu? Jawapan mereka di sebaliknya mereka kata tulen tapi tak dapat sahkan 100 peratus siapa di dalamnya.

“Saya sebagai Ketua Polis Negara, saya tak boleh memandai-mandai kerana ia boleh dibawa sebagai subjek ke muka pengadilan,” ujarnya.

Justeru, Abdul Hamid beharap masyarakat faham kekangannya sebagai KPN dan menyelesaikan kes itu bukan semudah seperti disangka kerana siasatan perlu menyeluruh.

Sebelum itu, ramai pihak termasuk parti pembangkang dan kerajaan yang mempersoalkannya kerana tidak memaklumkan sama ada video seks kontroversi itu tulen atau tidak tetapi lebih kepada usaha mencari siapa dalang penyebarannya sahaja.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.