Gambar hiasan.

 

GUA MUSANG – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas kira-kira 2,000 pil yaba bernilai RM30,000 dalam pemeriksaan di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata suspek berusia 49 tahun itu  ditahan anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang kira-kira 6 petang.

Beliau berkata sebelum itu, suspek yang memandu kereta Toyota Vios, bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan polis.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan menemukan pil disyaki yaba, dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata polis turut merampas kereta suspek serta dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here