Foto: FB BAM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah atas kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara beregu wanita pada temasya itu.

“Syabas atas semangat perjuangan yang ditampilkan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin buat Pearly, Thinaah dan atlet lain untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” kata beliau.

Terdahulu, gandingan yang berada pada kedudukan kelima dunia itu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas memberikan tentangan sengit sebelum akur kepada pilihan utama dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada aksi separuh akhir.

Dalam pertarungan selama 85 minit di Gimnasium Perbandaran Bandar Raya Ichinomiya itu, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi bertenaga sebelum tumpas 21-16, 20-22, 12-21 kepada gandingan nombor satu dunia berkenaan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here