KUALA LUMPUR – Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan bergelut dengan tekanan perasan lebih setahun sebelum ini.

Ketika berada dalam keadaan itu dia menjauhkan diri daripada ahli keluarga termasuk ibunya sendiri.

“Orang nampak luaran aku kuat, sentiasa senyum gembira tetapi sebenarnya dalaman aku koyak.

“Bila dengar dan lihat kondisi aku, ada yang melabelkan aku mild depression. Kemudian tidak habis-habis dengan sihir. Cukuplah.

“Lebih setahun aku struggle lawan diri sendiri dengan emosi. Kononnya okay, padahal tidak,” tulisnya di Instagram.

Beliau turut memuatnaik gambar pesanan ringkas Whatsapp dari ibunya.

Nonny turut memberitahu sudah bercakap dan memohon maaf kepada ibunya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ibunya itu semalam.

Nonny Zainuddin, 29 pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 selepas menjalinkan hubungan sembilan tahun.

Selepas beberapa bulan kemudian beliau mengumumkan telah bercerai. -MalaysiaGazette