KUALA LUMPUR – Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Haziq Abdul Aziz dibebaskan dari tahanan polis hari ini.
Kedua-dua mereka sebelum itu ditahan selama seminggu berhubung video seks songsang yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Farhash merupakan Pengerusi PKR Perak dan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Haziq pula Ketua Armada PKR Santubong.
Farhash disambut kira-kira 50 orang di luar Ibupejabat Polis Dang Wangi
Farhash ditahan pada 14 Julai bersama beberapa orang lagi termasuk Haziq – individu yang mengaku pelaku dalam video intim kontroversi itu.
Beliau juga menamakan Mohamed Azmin sebagai pasangannya dalam video yang sama.
Mohamed Azmin pula menafikannya sekeras-kerasnya dan mendakwa ia satu konspirasi dan fitnah bagi menjatuhkannya.- MalaysiaGazette