Dr. Aini Ideris berucap dalam majlis pembukaan mewakili Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang mengambil bahagian dalam CAECW..jpg

GUIYANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani empat surat hasrat (LoI) dengan empat institusi pendidikan China untuk membuka peluang kepada pelajar, ahli akademik dan penyelidik kedua-dua negara meneroka peningkatan pengetahuan dan berkongsi pengalaman secara dua hala.

Empat institusi yang mendapat sokongan penuh dari Education Malaysia Beijing (EMB) itu ialah Guizhou Polytechnic of Construction, Guizhou Equipment Manufacturing Vocational College, Guizhou University dan Guizhou Light Industry Technical College.

LoI yang ditandatangani sempena ‘12th Edition China-ASEAN Education Cooperation Week 2019’ (CAECW) di Guiyang, China disaksikan oleh Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dr. Rahmah Ahmad H. Osman dan Pengarah dan Kaunselor Education Malaysia Beijing, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Abdul Aziz How Abdullah.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris berucap dalam majlis pembukaan mewakili Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang mengambil bahagian dalam CAECW.

Beliau berkata, aspirasi dan objektif Malaysia ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam mobiliti pelajar, pertukaran staf, kerjasama penyelidikan dan penglibatan industri daripada sembilan universiti awam dan swasta Malaysia dengan universiti-universiti terkemuka China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast