Pasukan keselmatan juga telah mengeluarkan arahan supaya orang awam segera keluar dan berkumpul di luar perkarangan mahkamah Kuala Lumpur gara-gara panggilan bom hari ini.

KUALA LUMPUR – Prosiding SRC International Sdn Bhd terpaksa di tangguhkan berikutan panggilan bom yang diterima tengahari tadi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang memberhentikan prosiding ketika sesi soal balas peguam bela, Harvinderjit Singh berkata, ada arahan untuk semua pihak keluar dari mahkamah.

WhatsApp Image 2019-07-25 at 12.35.15 PM

Kesemua pihak termasuk hakim, barisan peguam pendakwa dan bela selain daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan perkarangan mahkamah pada masa ini.

Pasukan keselmatan juga telah mengeluarkan arahan supaya orang awam segera keluar dan berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Ancaman itu berlaku sekitar 12.20 tengah hari tadi.

Semasa kejadian ada lebih 300 orang di kawasan mahkamah termasuk orang awam dan wakil media.- MalaysiaGazette

Video berkaitan:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast