Egen Pepe mendesak kliennya menolak tawaran Liverpool dan Napoli dan menyertai Arsenal yang menawarkan komisyen lumayan.

PERANCIS – Bintang Lille, Nicolas Pepe dikatakan lebih gemar untuk menyertai Arsenal berbanding Liverpool pada musim baharu yang akan membuka tirai Ogos ini.

Ejen pemain itu meminta Pepe menolak lamaran Napoli dan the Kops untuk menyertai the Gunners.

Napoli dikatakan bersetuju yuran sekitar 72 juta pound untuk merekrut Pepe minggu ini dan ia disahkan oleh Lille sendiri.

Bagaimanapun, Presiden Lille juga mengesahkan tiga lagi kelab turut mencapai perjanjian dengan Pepe dan Arsenal dikatakan salah satu kelab tersebut.

Pepe dijangka kembali ke latihan bersama Lille minggu ini sebelum menilai segala pilihan untuk memutuskan masa depannya.

Setakat ini Lille menerima empat tawaran untuk pemain berbakat yang sedang diburu kelab-kelab gergasi Eropah.

Napoli telah dijangka menang saingan untuk merekrut pemain itu namun egen Pepe dikatakan mendesak kliennya menyertai Arsenal disebabkan komisyen yang lumayan dari kelab London itu.

Pepe telah menjaringkan 22 gol dalam Ligue 1 musim lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast