KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas hari iniĀ  hari ini menafikan dakwaan bahawa kedua-dua parti itu ada membincangkan mengenai pembahagian kerusi dalam perbincangan mengenai Piagam kedua-dua parti berkenaan.

Penafian itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama Setiausaha Agung kedua-dua parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Annuar Musa

Takiyuddin dan Annuar berkata laporan portal Malaysiakini bahawa kesediaan UMNO untuk menyerahkan kerusi tradisi parti itu kepada Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 melalui formula agihan kerusi 50-50 adalah tidak benar sama sekali.

“Adalah ditegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar.

“Piagam UMNO Pas yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding kedua-dua parti langsung tidak menyentuh soal pembahagian kerusi,” kata kedua-dua mereka hari ini.

Jelas Annur dan Takiyuddin lagi, segalanya akan terungkai pada 14 September depan sebagaimana yang dipersetujui kedua-dua parti sebelum ini.

“Dipersetujui UMNO dan PAS mempunyai mekanisma tersendiri mengenai perkara ini.

“Justeru, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi liar tentang Piagam UMNO Pas sebaliknya menunggu hari pelancarannya pada 14 September 2019 nanti,” kata kedua-dua mereka.

Semalam, Malaysiakini melaporkan UMNO bersedia menyerahkan kerusi tradisinya kepada Pas pada PRU ke-15.

Portal yang memetik sumber itu melaporkan, formula agihan kerusi 50-50 itu hanya membabitkan Semenanjung Malaysia sahaja.

Formula itu, menurut laporan tersebut bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan terkandung dalam piagam kerjasama antara kedua-dua parti. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/30/sumber-berita-malaysiakini-tidak-wujud-dakwa-khaled

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/30/jangan-terperangkap-permainan-politik-pihak-tertentu/