NEW DELHI – Jumlah populasi harimau India meningkat hampir kepada 3,000 ekor, sekali gus menjadikan negara tersebut antara habitat paling selamat untuk haiwan terancam itu.
Perdana Menteri, Narendra Modi yang mengeluarkan statistik haiwan itu untuk tahun 2018 berkata, ia merupakan “pencapaian bersejarah” untuk India kerana populasi harimau itu telah merosot hingga 1, 400 ekor sekitar 14-15 tahun yang lalu.
India mendedahkan anggaran populasi harimau setiap empat tahun.
Menteri Alam Sekitar, Prakash Javadekar berkata, populasi harimau di India berjumlah 2,226 semasa kali terakhir pengiraannya pada tahun 2014.
Harimau adalah haiwan kebangsaan India dan dikategorikan sebagai terancam di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.
Konflik manusia dengan harimau telah bertambah secara beransur-ansur sejak tahun 1970-an, ketika India memulai program pemuliharaan harimau dengan mewujudkan taman negara dan menjadikannya pembunuhan haiwan satu kesalahan jenayah. – MalaysiaGazette