Pengerusi Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia), Ong Chiow Chuen (dua kiri), Pengerusi Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), Tan Tai Kim (kiri), Pengerusi Tamil Foundation, Thiraviam Maruthai (dua kanan) menunjuk ruangan pengenalan seni tulisan Jawi yang terdapat pada buku teks darjah 5 Bahasa Melayu SJK pada sidang media membantah penulisan Seni Khat diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SJK untuk pembelajaran murid-murid tahun 4 hingga tahun 6 di Bangunan Dong Jiao Zong, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 05 OGOS 2019.

KAJANG – Walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembelajaran khat bagi murid Tahun 4 mulai tetap dilaksanakan tahun depan, namun 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil yang bermesyarat hari ini memutuskan untuk meminda kerajaan menanggauhkan cadangan tersebut.

Mereka berpendapat dasar tersebut akan membantutkan tahap penguasaan bahasa dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil memandangkan waktu pembelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu begitu terhad dan akan membebankan murid.

Oleh demikian kesemua pertubuhan bukan kerajaan itu yang bermesyuarat khas dengan dipengerusikan Dong Zong dan Jiao Zong secara sepakat mendesak Kementerian Pendidikan menangguhkan pelaksanaan dasar itu.

Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen berkata, gabungan mereka mengambil langkah berwaspada terhadap kenyataan awal Kementerian Pendidikan kerana masih ada banyak perkara yang memerlukan penjelasan mendalam serta teliti.

“Maka kami menyeru KPM mengumumkan kandungan Dokumen Standard Kokurikulum dan Penilaian (DKSP) dan buku teks mata pelajaran BM yang telah dipinda dengan pengenalan seni tulisan khat supaya mengikis kebimbangan orang rama.

“KPM juga perlu menjelaskan bagaimana tulisan khat dilaksanakan di sekolah kedua dua aliran itu di samping ia menepati keperluan murid SJKC dan SJKT.

“Kami berpendapat sebelum KPM menjelaskan perkara berbangkit kepada orang ramai pelaksanaan harus ditangguhkan untuk perbincangan semula dan kata sepakat yang muktamad,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

MGF05082019_DONG JIAO ZONG32
Pengerusi Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia), Ong Chiow Chuen.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Chin esok untuk berbincang dan meminta wakil pertubuhan Cina dan Tamil dilantik menyertai semakan kandungan DSKP dan buku teks yang dipinda itu.

Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan sepatutnya meningkatkan usaha menambah keseronokan aktiviti penguasaan bahasa Melayu di SJKC dan SJKT, dan bukannya memperkenalkan seni khat jawi yang tidak membantu ke arah usaha tersebut.

Katanya, bantahan merea bukan bermaksud untukmenafikan bahasa Melayu, tulisan jawi serta kepelbagaian budaya sebaliknya ia bersandarkan kepada prinsip pendidikan serta beban pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi guru dan murid.

“Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan tulisan bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat ia tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang dikenali sebagai tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan.

“Lantaran kami sokong penuh penggunaan tulisan rumi untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, malah penafian kami terhadap penggunaan tulisan khat jawi tidak melanggar undang-undang juga tidak berkaitan dengan soal patriotik dan merosakkan keharmonian atau tidak setia kepada negara seperti dididakwa pihak di luar sana,” ujarnya lagi.

Kata Chiow Chuen pihaknya sentiasa menyokong inisiatif KPM mempertingkatkan interaksi antara kaum dan budaya di sekolah termasuk memperkenalkan nilai kepelbagaian budaya di sekolah dan kokurikulum di semua aliran sekolah.

MGF05082019_DONG JIAO ZONG33
Pengerusi Tamil Foundation, Thiraviam Maruthai.

Dalam pada itu, Presiden Tamil Foundation Thiraviam Maruthai seiring dengan Chiow Chuen mengharapkan KPM meneliti semula segala isu itu dan berbincang untuk mencapai satu kata sepakat yang membawa kepada penyelesaian tetap.

“Ini bukan perkara baharu, apabila ada perubahan dalam dasar pendidikan, ada pihak yang beri pandangan biasanya yang bernas diterima. Atas dasar itu kami memberi cadangan sebab kita rasa setakat pengenalan tulisan khat tidak ada masalah.

“Namun masalah dan kebimbangan kami ialah waktu pembelajaran yang sedia ada di sekolah Cina dan Tamil untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pun kurang berbanding sekolah kebangsaan.

“Dalam keadaan ini jika unsur khat dimasukkan ia akan menambah beban dan kurangkan lagi waktu pembelajaran BM yang sedia ada di sekolah sekaligus pencapaian Tamil dan Cina akan terjejas,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette