KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat khas diadakan oleh pimpinan tertinggi DAP berhubung isu seni khat dalam pembelajaran di sekolah rendah yang terus menimbulkan kemelut.

Mesyuarat itu berlangsung di Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu sebentar tadi.

Antara pimpinan parti berkenaan yang dilihat hadir iaitu, Veteran DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; dannTimbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.

MGF050819_MESYUARAT DAP01
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba untuk menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 OGOS 2019

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut membantah langkah pelaksanaan yang hendak dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Difahamkan, tidak ada sidang media diadakan selepas mesyuarat itu dan rumusan mesyuarat pada malam ini hanya akan diumumkan esok menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, sekumpulan media yang menunggu sejak pukul 7 petang tadi tetap menanti sehingga mesyuarat selesai bagi mendapatkan reaksi berhubung rundingan yang diadakan. – MalaysiaGazette