LONDON – Manchester United cuba melakukan kejutan di saat akhir untuk mendapatkan tanda tangan pemain tengah Tottenham, Christian Eriksen sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pada Khamis ini.
Akhbar, Mirror melaporkan ketika ini, wakil Eriksen berharap perbincangan mengenai masa depan pemain Denmark berusia 27 tahun itu dapat merealisasikan menerusi perpindahan yang disifatkan sebagai sensasi.
Pada masa sama, Tottenham pula yakin dapat memuktamadkan perjanjian mendapatkan pemain tengah Sporting Lisbon, Bruno Fernandes iaitu seorang lagi pemain sasaran United sebelum Khamis ini.
Kelab London itu juga dilaporkan berminat mendapatkan pemain Real Betis, Giovani Lo Celso.
Spekulasi kini tiba-tiba muncul apabila United berusaha membawa Eriksen ke Old Trafford tetapi kelab itu mempunyai tempoh sehingga 2 September untuk mengadakan perbincangan penjualan pemain kepada pasukan lain termasuk Paul Pogba.
Ini berikutan tempoh tarikh tutup perpindahan di liga Jerman, Itali, Sepanyol dan Perancis ditutup tiga minggu lewat berbanding England. – MalaysiaGazette