Dr. Ibrahim (tengah) bersama kepimpinan Putra Pusat, ketua Penyelaras Melaka dan enam Ketua penaja Bahagian.
Dr. Ibrahim (tengah) bersama kepimpinan Putra Pusat, ketua Penyelaras Melaka dan enam Ketua penaja Bahagian.

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) selesai melantik enam enam Ketua penaja Bahagian untuk Melaka dengan menjadi parti itu kini mempunyai 142 bahagian atau kawasan Parlimen di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, enam bahagian di Melaka itu melibatkan Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya (Bukit Katil), Kota Melaka dan Jasin.

Katanya, pelantikan yang diketuai Ketua Penyelaras negeri, Dr. Mohd Aluwi Sari melengkapkan barisan kepimpinan di peringkat penaja bagi Putra Melaka, yang membolehkan parti itu menjalankan aktivitinya mengikut perlembagaan.

“Dalam perjumpaan ini saya memberi penjelasan kenapa barisan kepimpinan dan lebih 500 yang hadir kenapa Putra ditubuhkan dan perjalanan penubuhan parti ini dari peringkat awal hingga ke hari ini.

“Saya berharap Putra Melaka sentiasa istiqomah dan komited dalam perjuangan parti untuk menarik lebih ramai rakyat pelbagai peringkat usia menyertai Putra, yang mana agenda perjuangan kami ialah membela dan menjaga kebajikan orang Melayu serta Bumiputera,” katanya kepada media selepas majlis itu di Kampung Tebing Tinggi, Bukit Katil dekat Melaka.

Turut hadir, Ketua Penerangan Putra, Borhan Zakaria; Ketua Wiranita, Intan Rahmah Ali; dan barisan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra, Hamzah Zainuddin dan Dr. Helmi Ibrahim; serta Naib Ketua Wira Putra, Syed Syahriman.

Pada majlis itu, Dr. Ibrahim turut menyampaikan watikah pelantikan kepada enam Ketua penaja Bahagian.

Beliau ternyata gembira dengan semangat jati diri pengerak Putra Melaka diketuai Dr. Mohd Aluwi yang gigih dan lantang memperjuangkan pelbagai isu berlaku dalam negara sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelantikan empat muka baru dalam barisan ADT Putra iaitu Izhar Abd Kahar sebagai Pengerusi Biro Ekonomi dan Pemerkasaan Agenda Bumiputera; Rosdi Idris (Ketua Penyelaras Putra Pahang); Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah (Naib Ketua Wira); dan Nornadia Abd Aziz (Naib Ketua Wirawati).

Tiga daripada mereka mempunyai latar pendidikan tinggi, yang mana Izhar seorang akauntan bertauliah, Nornadia peguam sivil dan syarie, manakala Syed Mohd Sharimah lulusan Aerospace Engineering Rusia. – MalaysiaGazette