TOKYO – Harga minyak dunia stabil kembali selepas susut semasa sesi pembukaan, yang dengan potensi menjejaskan ekonomi dunia dan permintaan minyak akibat daripada pertikaian perdagangan berterusan antara China dan Amerika Syarikat.
Penanda aras minyak antarabangsa, Brent, didagangkan AS$58.97 setong pada 0221 GMT, naik 0.05 peratus berbanding harga penutup dan didagangkan hampir tujuh bulan rendah.
Manakala West Texas Intermediate pula susut 0.15 peratus kepada AS$53.56 setong.
“Ia bukan pergerakan yang besar…apa yang kami lihat adalah stabil, menggambarkan kebimbangan dalam kalangan pedagang sama ada perkembangan pertikaian perdagangan turut menyumbang,” kata Ketua Strategis Pasaran, CMC Markets, Michael McCarthy.
Harga Brent telah susut lebih daripada 9.0 peratus dalam seminggu selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import China bernilai RM300 bilion mulai 1 September ini, menyebabkan pasaran ekuiti sukar dikawal.
Manakala, ANZ Bank berkata, harga minyak mentah masih di bawah tekanan kerana para pelabur bergelut dengan impak konflik perdagangan. – MalaysiaGazette