Afnan Hamimi Taib Azamudden
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden

KUALA LUMPUR – Pendedahan kepada dunia politik sebenarnya tidak bergantung sepenuhnya kepada pendidikan awal di sekolah, sebaliknya ia boleh bermula dengan didikan awal dari rumah.

Naib Ketua Dewan Pemuda Past Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ibu bapa adalah pihak berkepentingan utama yang boleh memastikan generasi baharu diberi pendedahan kepada dunia politik.

“Pendidikan politik bukannya hanya bermula di sekolah. Tetapi mesti bermula di rumah. Ayah dan ibu bertanggungjawab memberi didikan dan pendedahan politik kepada anak-anak,” katanya menerusi ciapan di Twitter milik Dewan Pemuda Pas Malaysia, hari ini.

Beliau dipercayai merujuk Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang Parlimen dengan majoriti dua pertiga undi.

Pindaan itu membolehkan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik. – MalaysiaGazette