Letupan sebuah lori tangki minyak mengakibatkan sekurag-kurangnya 57 terbunuh dalam kejadian pada hari ini di Tanzania.

TANZANIA -Sekurang-kurangnya 57 orang awam terbunuh selepas sebuah lori tangki minyak meletup di Tanzania pada Sabtu.

Difahamkan 65 orang lagi tercedera selepas sebilangan besar kenderaan turut meletup dalam kejadian pagi tadi di Timur Bandar Morogoro.

Komisioner polis Steven Kabwe memberitahu stesen televisyen tempatan Azam TVĀ  setakat ini 57 mayat berjaya ditemui sejurus selepas insiden letupan itu.

Mereka yang terselamat tetapi mengalami kecederaan sedang dirawat.

Pihak berkuasa Tanzania bimbang angka kematian dijangka meningkat.

“Kami dikejutkan dengan laporan kemalangan melibatkan letupan tangki minyak di Morogoro.

Insiden dipercayai berlaku selepas lori tangki minyak itu terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar dan mencederakan beberapa orang,” kata jurucakap kerajaan Hassan Abbasi dalam twitter.

Setelah melihat trak minyak itu terhempas akibat kemalangan, orang ramai yang berada di kawasan berhampiran didakwa cuba menyedut dan mengambil minyak dari tangki minyak yang terhemps sebelum letupan berlaku.

Pada Mei lalu insiden seumpama telah menyebabkan 50 orang terbunuh di Nigeria. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast