KUALA LUMPUR – Golongan penentang pengenalan tulisan khat diingatkan jangan jadi ulat bulu – hinggap di daun apa pun, daun akan rosak.
Sebagai rakyat Malaysia, golongan penentang tulisan khat ini kena memahami budaya negara ini dengan mengakui orang Melayu merupakan pembentuk pertama kerajaan Tanah Melayu dan diiktiraf sebagai pemilik bumi bertuah ini.
Lantaran itu, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo berkata, sudah pasti budaya Melayu mesti menjadi teras budaya negara.
“Tulisan jawi adalah tulisan awal Bahasa Melayu dan semua rakyat mesti mengetahuinya.
“Jika mereka benar benar rakyat Malaysia, mereka sepatutnya tidak takut dengan tulisan jawi, dengan mengetahui dan boleh menulis jawi, tidak akan menjadi mereka kurang China atau India.
“Malah ini akan membezakan mereka dengan China dan India yang menjadi warga negara, lain-lain negara di dunia.
“Jika mereka benar-benar bangga menjadi warga negara Malaysia, mereka sepatutnya berusaha untuk mendalami tulisan jawi ini, malah boleh menggunakannya dalam hidup seharian,” ujarnya yang setuju dengan pandangan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang berkata golongan penentang khat masih berfikir mereka adalah pendatang.
Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu, penentang khat jangan jadi ulat bulu, hinggap di tangan, satu tangan gatal dan bengkak, di mana ulat bulu jatuh rosaklah tempat itu.
“Kepada mereka, ulat bulu ini janganlah kerana anda, rosak budaya satu negara, di masa hadapan tidak ada apa yang boleh kita banggakan sebagai rakyat negara ini yang tidak tahu asal usul akar budaya bangsanya,” katanya. – MalaysiaGazette