Kerajaan memutuskan setiap Jumaat sebagai Hari Jawi.

KUALA LUMPUR – Tuding jari oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) khasnya DAP menjadi telah tradisi yang tidak mengejutkan sesiapa pun.

Terbaharu, Ahli Parlimen Teluk Intan merangkap Timbalan Speaker, Nga Kor Ming mengkritik MIC dan MCA supaya tidak cuba menjadi ‘hero’ dalam isu pengenalan khat dan kenyataan itu disifatkan MIC amat menjengkelkan.

Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, RT Raja berkata, Kor Ming kini cuba menyalahkan komponen Barisan Nasional (BN) kononnya Kabinet terdahulu meluluskan dasar berkenaan pada 2012.

Kata Kor Ming, ketika meluluskan dasar ini, mereka (MIC, MCA) berdiam sahaja tetapi apabila selepas tujuh tahun dasar ini dilaksanakan, tiba-tiba muncul kedua-dua parti tersebut untuk menjadi jaguh.

“Saya cukup pelik dengan Kor Ming ini, apa jenis kenyataan seperti ini? Sikit-sikit tuding jari cari salah. Berapa kali hendak diingatkan kamu ini bukan lagi pembangkang? Kenapa masih hendak berpolitik macam ini?

“Ini adalah kenyataan ‘bodoh sombong’. Jika bukan kami (pembangkang) bangkit menjadi ‘jaguh’ kata Kor Ming, siapa akan berjuang untuk betulkan apa yang tidak betul?

“Dulu kamu semua bukan main hebat hampir semua benda bangkang, tapi sekarang sudah ubah nada, hampir kesemua yang kamu bangkang sekarang sudah boleh. Lupakah kamu? Semuanya sudah kamu buat pusingan ‘U’. Terbaru adalah isu Lynas. Malu sedikit boleh?

“Saya ingin beritahu, dahulu memang ada cadangan tentang pengenalan khat pada 2014 rasanya kerajaan kamu (PH) ini yang beria-ia sangat melaksanakannya baru-baru ini walhal banyak lagi isu dalam sistem pendidikan yang perlu di berikan keutamaan pada masa sama.

“Cukup-cukuplah Kor Ming, sudah. Henti buat kerja pembangkang. Henti tuding jari dan ambil kredit hasil usaha kerajaan BN. Cuba jadi ‘original’ sikit, utamakan janji-janji manifesto yang kini bukan lagi kitab suci yang perlu di patuhi,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

MGF2004019_PC MIC PELAJAR MATRIKULASI INDIA85
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, RT Rajasekaran
MGF03072019_DEWAN RAKYAT15
Nga Kor Ming

RT Raja mengulas kenyataan Kor Ming yang mengingatkan MCA dan MIC supaya jangan cuba menjadi hero dalam isu tulisan khat yang bakal diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, tahun depan.

Bidas Kor Ming secara sinis kedua-dua parti pembangkang itu untuk melihat diri di cermin terlebih dahulu dan jangan menimbulkan prasangka buruk terhadap dasar kerajaan.

“Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka yang sanggup menjadikan isu ini sebagai modal untuk menghentam kerajaan sekarang,” tegas pemimpin DAP itu.

Pengenalan tulisan khat atau Jawi mendapat bantahan ramai pemimpin DAP serta dua pertubuhan mewakili pendidikan Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan untuk terus melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun 2020.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad Sabtu lepas pula senada dengan Maszlee mengulangi komitmen untuk meneruskan langkah tersebut dengan menganggap tentangan yang diterima hanya daripada segelintir pemimpin DAP.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast