Mira Filzah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Mira Filzah yang sepatutnya pulang ke tanah air pagi semalam masih terkandas di Shanghai, China berikutan pembatalan penerbangan akibat Taufan Lekima.

Pelakon filem Sangkar itu berlepas ke Shanghai, Khamis lalu untuk menghadiri pelancaran produk terbaru jenama kecantikan popular.

Mira sepatutnya menaiki penerbangan pulang malam tadi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam sebelum bertolak ke kampungnya di Ipoh, Perak.

Sebelum ini, heroin drama Lelaki Kiriman Tuhan itu berniat membuat ibadat korban, tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast