Gambar hiasan

KUALA LUMPURĀ  – Ringgit dibuka sedikit lebih tinggi berbanding dolar US pada pagi Jumaat berikutan disokong belian sederhana, di tengah-tengah sentimen pasaran berhati-hati, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1940 berbanding dolar US daripada 4.1920/950 semasa ditutup pada Khamis.

Menurut peniaga, pelabur sedang menunggu pengeluaran prestasi ekonomi bagi suku kedua dan separuh pertama oleh Bank Negara Malaysia tengah hari ini.

“Tumpuan tidak diberikan kepada ringgit ketika ini berikutan keadaan turun naik yuan China telah kian berkurangan. Tetapi prospek pertumbuhan global yang suram dan harga minyak yang diunjurkan tidak menentu terus memberi kesan terhadap ringgit, “katanya.

Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Berbanding yen, ringgit meningkat kepada 3.9480/9529 daripada 3.9570/9609 sementara berbanding dolar Singapura naik kepada 3.0161/0205 daripada 3.0173/0199.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.0645/0705 daripada 5.0706/0760 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6522/6574 daripada 4.6737 / 6787.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast