LONDON – Britain akan menghadapi kekurangan bahan api, makanan dan ubat-ubatan sekiranya mereka meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian peralihan kerana ia akan menyebabkan pelabuhan dan sempadan Ireland sesak teruk.

Menurut The Times, unjuran yang dikumpulkan oleh Pejabat Kabinet menjangkakan hampir 85 peratus daripada trak-trak yang menggunakan saluran utama “mungkin tidak bersedia” untuk pemeriksaan kastam Perancis.

Ini bermakna gangguan akan berlaku di pelabuhan-pelabuhan dan mungkin boleh berlarutan sehingga tiga bulan sebelum aliran trafik kembali lancar.

“Kajian yang diberi nama Operation Yellohammer yang dikumpulkan pada bulan ini oleh Pejabat Kabinet merupakan dokumen lengkap perancangan perisikan yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengelakkan infrastruktur negara ini runtuh,” kata The Times.

United Kingdom bakal menghadapi krisis perlembagaan dan pertelagahan di antara Perdana Menteri Boris Johnson dengan EU memburukkan lagi keadaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast