JAKARTA – Polis Indonesia sedang memburu lebih 250 banduan yang melarikan diri dari penjara di Papua selepas mencetuskan kebakaran sehari sebelumnya ketika rusuhan awam di seluruh bandar.
Penjara di bandar pelabuhan Sorong disasarkan susulan protesĀ yang dicetuskan oleh tuntutan rasis dan pengabaian fizikal penduduk Papua yang belajar di tempat lain di Indonesia.
Para penunjuk perasaan telah menyerang bangunan lain termasuk penjara, kata Ade Kusmanto, Ketua Jurubicara Penjara tersebut.
“Setelah membakar kemudahan pejabat pemerintah daerah, penunjuk perasaan menuju penjara dan melempar batu, bagi melakukan provokasi terhadap banduan,” kata Kusmanto, sambil menambah seorang warden penjara telah cedera dalam kerusuhan itu.
Pegawai itu berkata, seramai 258 daripada 547 banduan telah melarikan diri tetapi sesetengahnya telah ditangkap semula.
Beribu-ribu orang Papua melakukan demontrasi di jalan-jalan di bandar-bandar di Sorong, Manokwari dan Jayapura hingga menghalang jalan raya, merosakkan lapangan terbang dan membakar dewan.
Protes itu dicetuskan oleh penahanan para pelajar Papua di kota Jawa Timur Surabaya setelah mereka dituduh tidak menghormati bendera Indonesia di depan asrama ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada hari Sabtu lalu.
ada hari Sabtu.
Polis menembak gas pemedih mata ke dalam asrama sebelum menangkap 43 pelajar, menurut seorang aktivis, yang mengatakan para pelajar telah dipanggil “monyet” semasa operasi itu.
Orang Papua marah kerana “kata-kata yang sangat rasis yang digunakan oleh orang Jawa Timur termasuk polis dan tentera,” kata Gabenor Lukas Enembe. – MalaysiaGazette