Bangunan Dong Jiao Zong, Kajang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong, menyeru agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) membela nasib pekerja syarikat penerbitan akhbar Melayu tertua negara ini, Utusan Melayu (M) Bhd.

Dalam satu kenyataan, Dong Zong berkata kerajaan perlu campur tangan secara proaktif dalam mencari jalan menyelesaikan pertikaian di antara majikan dan pekerja Utusan Melayu.

“Kumpulan Utusan Melayu juga perlu membayar gaji tertunggak dan pampasan skim pemisahan sukarela (VSS) mereka.

“Oleh kerana faktor sejarah, maka Utusan Melayu menjadi banduan parti politik dan mengalami kesulitan dalam transisi demokrasi Malaysia.

“Dengan bayaran gaji dan pampasan VSS tertunggak lama, pihak pengurusan tidak mematuhi perjanjian di antara majikan dan pekerja, malah keadaan memaksa petugas syarikat itu kehilangan punca rezeki,” katanya.

Dong Zong juga berkata situasi yang dihadapi oleh syarikat akhbar Melayu itu adalah disebabkan oleh mereka sering terikat dengan agenda politik kerajaan terdahulu.

Keadaan itu dilihat menyukarkan lagi situasi terkini Utusan Melayu disebabkan peralihan kuasa kerajaan.

“Perbuatan sebegini perlu dikecam. Hak pekerja dan kebebasan media tidak boleh dipisahkan.

“Hanya dengan hak pekerja dijaga barulah mutu pemberitaaan dapat dipertahankan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.