KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan rasa prihatin mengenai isu global antara Islam dan Konfusianisme yang disifatkan dekat dengan hati baginda iaitu perubahan iklim.
Baginda bertitah dunia ketika ini berdepan dengan darurat iklim yang telah diisytiharkan di negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom.
Titah baginda, suhu global telah meningkat pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan terutamanya oleh pembakaran bahan api fosil.