Penceramah bebas, Dr Zakir Naik.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Tuntutan Demokrasi, Adil dan Saksama (DESAK) mahu kerajaan menjadikan Dr. Zakir Naik sebagai warganegara Malaysia.

Presidennya, Mejar (B) Datuk Wan Yusof Abdul Rahman berkata, sudah tiba masanya taraf penduduk tetap (PR) kepada pendakwah itu dinaikkan taraf.

Dalam pada itu, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana terus membenarkan Zakir tinggal di negara ini.

“Lebih daripada itu, kami mahu taraf PR beliau (Zakir) kepada warganegara memandangkan beliau antara atu-satunya muslim di dunia mempunyai kepakaran dalam ilmu perbandingan agama.

“Malaysia amat bertuah mempunyai seorang insan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Yusof, DESAK juga mengesyorkan kepada kerajaan melalui pihak berkuasa tempatan supaya mendaulatkan tulisan Jawi dengan memastikan setiap premis dan nama-nama jalan hendaklah disertakan dengan tulisan Jawi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Nak dr zakir naik jadi warganegara malaysia dan merosakkn hubungan berbilang kaum dan agama ke…?

Comments are closed.