Kula Segaran bertemu dengan sebahagian penuntut AATC selepas melawat pusat latihan itu hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat bertauliah (PB) Allied Aeronautic Training CentreĀ  (AATC) tidak didaftarkan sebagai Penyelia Latihan dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Lantaran itu, ia tiada menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelajarnya, selaras dengan Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640).

Bagaimanapun Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran yang mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan penuntutĀ  pusat latihan itu memberi jaminan akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang terbaik.

“AATC masih belum didaftarkan sebagai Penyedia Latihan di bawah PTPK.

“Mengikut seksyen 33(1) Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640]. Penyedia Latihan Kemahiran hanya boleh memohon kemudahan pinjaman latihan kemahiran setelah ianya berdaftar dan menjalankan program latihan kemahiran yang didaftarkan dan diluluskan di bawah Akta 640,” katanya PTPK dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PTPK juga akan menjalankan siasatan terhadap AATC di bawah seksyen 72(1) berkaitan larangan pengiklanan.

“PTPK sedang menjalankan siasatan di bawah seksyen 72(1) berkenaan larangan ke atas pengiklanan sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, sekiranya PL belum berdaftar dengan PTPK.

“PTPK juga telah membuat hebahan menerusi surat pemakluman Larangan Pengambilan Pelatih sebelum kelulusan kuota bertarikh 15 Julai 2019 (No.Ruj.: PTPK.PK.100-1/4 Jld 12(6)),” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, polis menahan tujuh pelajar AATC termasuk seorang wanita serta seorang aktivis sebuah parti politik kerana cuba menghalang tindakan polis untuk menyuraikan demonstrasi yang disertai lebih 50 penuntut pusat latihan berkenaan.

Demonstrasi yang diadakan di hadapan bangunan AATC di Pusat Perniagaan NZX, Ara Damansara bermula sekitar jam 3 petang bagi membantah tindakan pusat latihan itu membuang dua penuntutnya yang gagal menjelaskan yuran pengajian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast