negara khairuddin abu hassan
Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Khairuddin Abu Hassan menyifatkan tindakan PKR Kapar yang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menggunakan perkataan “paria” ketika mengulas isu Lynas Corporation adalah satu tindakan ‘gila meroyan’.

Ujar beliau, tindakan bodoh itu terlalu beremosi kerana perumpamaan perkataan ‘pariah’ tidak menggambarkan mengenai status kaum India itu.

“Faham tak itu hanya contoh!! Perkataan itu hanya perumpamaan!! Kenapa mereka ini bodoh sangat?!

Mereka ini kalangan emosional yang bodoh tidak dapat faham maksud perumpamaan sesuatu perkataan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan polis terhadap Dr Mahathir kerana menggunakan perkataan “paria”.

Laporan itu dibuat V Maneyvannan bersama 3 individu yang menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan menggesa ketua polis negara serta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.

Tambah Khairuddin lagi, golongan ini hanya mencari kesalahan Dr Mahathir kerana dibayangi oleh seorang individu dibelakangnya.

“Kalau hendak tempelak perdana  enteri pun carilah kesilapan lain yang lebih besar!! Bukan memperbesarkan isu- isu remeh- temeh dan bodoh seperti ini,” katanya lagi.

Dr Mahathir pada Isnin lalu dilaporkan berkata, Lynas Corporation tidak boleh diminta keluar dari negara ini “seperti paria” kerana ia akan merosakkan pelaburan masa depan di Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast