Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (tengah) diiringi Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim (tiga kanan) mendengar penerangan dari Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, M. Murugiah (dua kiri) ketika hadir melawat kesan kebakaran Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran di UM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Punca kebakaran bangunan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM) awal pagi tadi, masih dalam siasatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, M Murugiah berkata, kebakaran itu melibatkan bangunan di tingkat tiga dan bawah, manakala tingkat dua berjaya dikawal.

“Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Balai Bomba Seputeh dan Balai Bomba Hang Tuah bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak kebakaran di UM, hari ini.

Sebelum itu, beliau dan Naib Canselor UM, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim mengiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang melawat tapak bangunan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran yang terbakar.

Bangunan yang menempatkan 12 bilik pensyarah itu terbakar kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ditanya jika ada unsur khianat, M Murugiah berkata, pihaknya masih menyiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast