Laman Khadijah ini menjadi saksi pembukaan bersejarah Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah, yang menawarkan satu penghayatan buat para pelawat mengenai 15 tahun perjalanan yang bermakna, daripada segi pembuatan, tradisi, dan inovasi.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan ulang tahun yang ke-15, jenama telekung Siti Khadijah merasmikan Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Serentak dengan perasmian itu, Galeri Pelawat pertama turut dibuka kepada orang ramai.

Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah – menjadi saksi pembukaan bersejarah Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah, yang memaparkan 15 tahun perjalanan bermakna bagi jenama ini daripada segi pembuatan, tradisi, dan inovasi, dalam kenyataannya.

Pengunjung berpeluang melalui pengalaman yang istimewa, iaitu aktiviti menjahit secara sendiri, membolehkan setiap individu terlibat secara langsung dengan elemen kesenian di sebalik telekung ikonik Siti Khadijah.

Galeri eksklusif ini bukan sahaja mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah, tetapi juga menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya terdapat di Galeri Pelawat, sekali gus menjadikan pelancaran tersebut sesuatu yang ikonik dan bermakna.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd).

Para jemputan berpeluang membuat lawatan di sekitar Laman Khadijah, menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka, dan menyaksikan
pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.

Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd., syarikat induk jenama Siti Khadijah, mengumumkan penjenamaan semula
sebagai Enda Group Sdn. Bhd.

Mereka juga boleh mendapatkan koleksi edisi terhad dan barangan eksklusif, yang hanya boleh didapati di Galeri Pelawat.

Pelawat yang mengunjungi Laman Khadijah berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi yang terpilih serta tawaran eksklusif.

Sambutan ini juga akan dilakukan di semua butik-butik Siti Khadijah di seluruh negara, bermula 22 November 2024 sehingga 5 Januari 2025.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan berpeluang untuk menikmati diskaun hebat untuk barangan yang terpilih, dan memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.

Siti Khadijah yang telah mempelopori pasaran telekung di Malaysia mempunyai lebih 56 butik tempatan serta masing-masing satu di Indonesia dan Singapura. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast