UMPSA diiktiraf 53 terbaik dunia dalam kelestarian.

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus cemerlang sebagai universiti teknologi terbaik dalam kelestarian di Malaysia apabila berada di tangga ke-53 di dunia dalam penarafan UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026  yang diumum oleh pihak UI GreenMetric baru-baru ini.

Kejayaan itu menyaksikan UMPSA  berada di kedudukan nombor satu terbaik dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan tempat ketiga terbaik antara IPT di Malaysia.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias, UMPSA kini telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha memperkasakan amalan lestari melalui pelbagai program universiti yang dilaksanakan.

“Kejayaan ini menunjukkan komitmen UMPSA dalam membangunankan kampus yang lestari dan mampan.

“UMPSA juga diiktiraf  sebagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pertama ASEAN menerima pengiktirafan antarabangsa EcoCampus Green Flag oleh Green Growth Asia Foundation (GGAF),” katanya.

Dengan pengiktirafan itu, tambahnya, UMPSA kini berada di barisan hadapan sebagai universiti teknikal berteraskan TVET hijau dan inovasi lestari yang diiktiraf di peringkat dunia.

Selain itu, kata beliau, pengurangan emisi karbon turut  dijadikan agenda utama universiti untuk mencapai sasaran neutral karbon pada tahun 2050.

“Malahan Universiti mensasarkan pengurangan emisi karbon sebanyak 20 peratus ditetapkan pada tahun 2026 dan 45 peratus pengurangan menjelang tahun 2030.

“Usaha pengurangan pembebasan karbon dalam UMPSA turut disokong dengan usaha peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) dengan pemasangan sistem solar berkapasiti 3.58 MWp yang telah berjaya mengurangkan sehingga 40 peratus penghasilan karbon dioksida daripada penjanaan tenaga eletrik,” tambahnya.

Selain itu, tambah beliau, sistem itu juga mampu menjimatkan kira-kira 20 peratus daripada bil elektrik universiti setiap tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here