Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha berebut bola dengan pemain Jordan, Youseff Abu Jazar ketika beraksi pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Malaysia tewas 0-1 kepada Jordan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Walaupun pun tewas dengan gol tunggal perlawanan jaringan ketua pasukan, Saeed Murjan seawal minit ke-7, persembahan anak buah Tan Cheng Hoe masih mampu memberi saingan.

Malaysia yang akan bedepan Indonesia pada pada aksi Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 Septemnber ini turut mencipta beberapa peluang jaringan namun diakhiri dengan penyudah yang lemah.

Walaupun tewas, pemain Malaysia berjaya menariki perhatian ketua jurulatih pasukan pelawat.

Pemain Malaysia, Mohd Nor Azam Abdul Azih menyelamatkan percubaan daripada pemain Jordan, Khalil Bani Attieh ketika beraksi pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.

Vitak Borkelmans terkejut dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan pemain Harimau Malaya sepanjang 90 minit perlawanan.

Katanya walaupun keputusan memihak kepada pasukannya namun masalah kepenatan yang dialami pemainnya aman membimbangkan memandangkan Jordan akan berhadapan dengan Taiwan pada minggu depan.

“Dua aksi berbeza pada separuh masa pertama dan kedua dan yang memeranjatkan saya sokongan rakyat kepada pasukan itu menyaksikan mereka beraksi dengan semangat sehingga saat akhir perlawanan.

Gelagat penyokong Ultras Malaya semasa memberi sokongan pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.

“Serangan dan tekanan terhadap anak buah saya atas padang membuktikan mereka bukan pasukan calang-calang, ada masa depan yang sangat baik,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast